Tips Tangkap Gambar Cantik Dengan Iphone
Namaku Iphone 6 Plus. Aku merupakan sebuah telefon pintar. Aku berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan model terbaru keluaran syarikat Apple. Aku diperbuat daripada kaca dan keluli. Skrin depan aku mempunyai skrin kaca yang luas.
Setelah siap dipasang, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang dicetak dengan gambar aku sendiri. Lihatlah dunia, bangganya aku. Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar bersama kawan-kawan untuk dieksport ke Malaysia. Bermulalah pengembaraan yang panjang menuju ke Malaysia. Nantikan detik manisnya cinta di Cappadocia. Eh silaplah manisnya cinta di Malaysia.
Apabila sampai di Malaysia, aku ditempatkan di sebuah gudang sebelum dihantar ke wakil jualan. Semasa di gudang, aku berkenalan dengan si dia. Hatiku dup dap dup dap tidak terkata. Tidak sangka aku akan bertemu jodoh di Malaysia. Oh, manisnya, manisnya senyumanmu. Maka, berakhirlah penantian aku sebagai bujang terlajak selama ini.
Nak tau tak siapa dia? Tungguuuuuuu.
Nama dia Ztylus. Dia cantik orangnya. Bagi aku, Ztylus sangat menyenangkan. Kami saling melengkapi antara satu sama lain. Akhirnya, kami mengambil kata putus untuk bersatu dan sehidup semati. Kami dikahwinkan oleh pembeli kami yang inginkan prestasi maksimum bagi kualiti gambar apabila menggunakan aku; Iphone 6 Plus. Pembeli aku meminati bidang fotografi.
Isteriku, Ztylus merupakan pilihan terbaik untuk digandingkan bersama aku untuk mendapatkan kualiti gambar menakjubkan yang ditangkap menggunakan aku. Aku tidak sanggup untuk berpisah dengan dia. Lebih baik aku mati sahaja daripada terpisah. Mari aku perkenalkan belahan jiwa aku ini:
Ztylus (baca: isteri aku) merupakan smartphone case didatangkan bersama lensa yang paling versatil di dunia untuk pengguna Iphone 6 dan Iphone 6 Plus. Ztylus merupakan case Iphone yang dilengkapi dengan 4 jenis lensa revolver dalam satu lensa sahaja iaitu:
• Circular Polarize Filter (CPL) Lens
• Fish Eye Lens
• Wide Lens
• Macro Lens
Ztylus berfungsi memberi nilai tambah dalam dunia fotografi telefon pintar. Kalau korang beli Ztylus, case korang dapat, 4 lensa pun korang dapat. Kan untung tu? Dua dalam satu.
Dengan menggunakan kami (baca: pasangan suami isteri), sudah cukup untuk korang merakamkan gambar yang menarik sama seperti jurugambar profesional. Isteriku didatangkan dengan tiga pilihan warna yang memukau untuk menarik perhatian LELAKI SEPERTI AKU;
Merah untuk lelaki berani
Oren untuk lelaki aktif bertenaga
Hitam untuk lelaki maskulin
Sebenarnya harga Ztylus ni RM 400 (harga terkawal di Malaysia) tapi untuk korang aku bagi harga istimewa RM 389 termasuk kos pos untuk isteri aku. Kalau korang nak aku, kena beli kat kedailah. Lepas tu, baru kitorang boleh bergabung-bersama-berdua-bahagia-selamanya.
Cepat cepat, sebelum terlambat. Stok memang tak banyak untuk kawal harga pasaran di Malaysia. Tak nak korang rasa terbeban. Dahlah minyak naik, harga barang naik, GST lagi. Semua benda naik tapi tiada yang turun. Ztylus sahaja yang turun. Yang pasti, PELABURAN korang pasti berbaloi. Percayalah cakap aku. Psssttt tuan aku belum berpunya lagi. hehe

Comments
Post a Comment