Tips untuk Menghilangkan Dengkuran Dengan Jus Buah-Buahan
"Beautifully Imperfect" Jika anda pernah menonton sebuah video bertajuk " Funeral " hasil karya pengarah prolifik negara, Yasmin Ahmad yang ditayangkan di Singapura beberapa tahun lepas, pasti anda akan terhibur dan tersenyum sendiri apabila seorang isteri menceritakan kisah "beautifully imperfect" bersama mendiang suaminya. Si isteri menyamakan bunyi dengkuran suaminya seperti kesukaran menghidupkan enjin kereta pada setiap pagi namun selepas kematian suaminya, dia mula merindu "bunyi" itu. Adakah dengkuran menyenangkan atau menjengkelkan anda? Tepuk dada tanya selera. Jika anda merasakan menjengkelkan, anda perlu mencari penawarnya. Claude Butler (Pakar Curejoy) menerangkan bahawa dengkuran kebiasaanya berlaku apabila seseorang sedang dalam fasa tidur nyenyak daripada fasa tidur tidak lena. Tisu kerongkong dan tisu lelangit mengendur dan menyekat saluran pernafasan. Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara men...