Petua Mencuci Usus dan Mengempiskan Perut Sekaligus.



(google.com)

Kebanyakan manusia akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Sepanjang tahun, lebih kurang 365 kilogram makanan “disumbat” ke dalam perut kita. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

BAHAYA BUKAN?

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam, diserap untuk memberi kita tenaga dan disingkirkan. Apabila makanan tidak dihancurkan, dihadam, diserap dan disingkirkan dengan sempurna, kita akan mengalami masalah sistem penghadaman seperti usus yang penuh dengan selaput atau sisa lapisan makanan yang tersangkut.

Apabila semakin banyak sisa makanan tersangkut pada saluran usus, hal ini menyebabkan perut buncit. Masalah perut buncit ini umpama mimpi ngeri bagi wanita terutamanya dan lelaki amnya. Perut buncit akan mencacatkan penampilan seseorang dan membuatkan seseorang kelihatan tidak menjaga kesihatan fizikal.

Kini, anda semua tidak perlu risau lagi. Dengan berbelanja sebanyak RM 9.00, anda mampu mengatasi masalah usus yang penuh dengan selaput atau lapisan sisa makanan tersangkut pada saluran usus dan perut buncit sekaligus. Ramuan rahsia + bajet ini akan menyingkirkan sisa makanan yang tersumbat jika diamalkan berterusan dan dengan penuh yakin.

NAK TAHU PRODUK RAHSIA + BAJET INI?

Nata De Coco + Yakult
RM 4.00 + RM 5.00
 RM 9.00

MURAH BUKAN?

Jangan terkejut dengan kos yang perlu anda belanjakan dan yang pasti produk rahsia + bajet ini disyorkan oleh seorang doktor perubatan. Jangan bimbang. Jangan khuatir jika produk rahsia + bajet ini menggunakan bahan terlarang.

BAGAIMANA CARA PENYEDIAAN PRODUK RAHSIA + BAJET?

1.       Beli kelapa laut atau lebih dikenali sebagai nata de coco
2.       Buangkan air manisan nata de coco
3.       Gantikan air manisan dengan air putih
4.       Beli Yakult yang berharga hanya RM 5.00 untuk 5 botol
5.       Campurkan lebih kurang 12-15 kiub nata de coco dengan sebotol yakult.
6.       Minum dengan penuh kegembiraan

Amalkan setiap pagi ketika bangun daripada tidur, sebelum mengambil makanan. Untuk lebih berkesan, amalkan dua kali sehari; bangun daripada tidur dan sebelum tidur.

KENAPA YAKULT?

Strain Shirota iaitu probiotik di dalam minuman Yakult membantu menjaga dan melancarkan pergerakan usus, mengelakkan sembelit, cirit-birit dan keracunan makanan.

Ia berfungsi meningkatkan bilangan bakteria baik dan mengurangkan bakteria berbahaya dalam usus kita. Selain usus, probiotik juga mempunyai kesan positif pada sistem pertahanan badan terhadap jangkitan virus dan bakteria.

YAKULT UNTUK KESIHATAN SEJAGAT
Kajian-kajian jangka panjang juga telah menunjukkan amalan mengambil Yakult mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser usus besar, kanser pundi kencing dan kanser payudara. Faedah-faedah kesihatan ini telah terbukti secara saintifik melalui banyak kajian-kajian termasuk di negara-negara Jepun, Eropah dan Asia sepanjang 75 tahun lalu.
KENAPA PERLU MEMBAZIR?
Kini, anda tidak perlu membazir wang untuk membeli produk yang mahal untuk menjaga kesihatan usus anda. Setelah banyak berbelanja, anda juga tidak tahu sama ada ia mampu untuk memberikan hasil yang maksimum dan sesuai dengan keperluan tubuh badan. Jika anda tidak sanggup untuk melabur sebanyak RM 9.00 untuk kesihatan usus dan lain-lain, anda akan menanggung akibatnya berdasarkan corak pemakanan anda dan perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk kos rawatan. Mari mencuba.

Mencegah lebih baik daripada merawat
Jom Sihat & Menawan Sepanjang Hayat


Comments

Popular posts from this blog

Lelaki Seperti Dia

Esok Semalam

Tips untuk Menghilangkan Dengkuran Dengan Jus Buah-Buahan