Posts

Lelaki Seperti Dia

Image
Petang tadi, aku merayap lepas balik kerja. Dari Pantai Dalam sampailah ke Gasing Indah. Langkah terhenti di Mydin. Macam nak beli barang dapur. Persediaan untuk sediakan menu diet aku. Masuk dan melilau mencari barang. Tiada apa perancangan. Tiada menu yang berlegar di fikiran. Aku melihat ke bahagian sejuk beku dan sayur-sayuran. Pling pling pling - idea untuk menu diet datang. Aku tengok bebola daging. Aku tengok ayam kisar. Aku tengok ada timun dan tomato. Akupun belek senarai menu dalam telefon bimbit. Barang yang aku tengok tadi semua boleh dimakan. 'Halal' dalam Diet Atkins. Rendah karbohidrat. Tinggi protein. Tak nak gemuk nak kurus. Hehe. Kenalah berkorban sedikit. Sedang aku sibuk memilih, aku terpandang susuk tubuh yang kurus dan tinggi lampai sambil memakai topi keledar. Di sisi dia kelihatan seorang anak kecil. Lebih kurang 7 tahun mungkin. Baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Kalendar persekolahan 2016 baru 4 ha...

Petua Mencuci Usus dan Mengempiskan Perut Sekaligus.

Image
(google.com) Kebanyakan manusia akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Sepanjang tahun, lebih kurang 365 kilogram makanan “disumbat” ke dalam perut kita. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008. BAHAYA BUKAN? Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam, diserap untuk memberi kita tenaga dan disingkirkan. Apabila makanan tidak dihancurkan, dihadam, diserap dan disingkirkan dengan sempurna, kita akan mengalami masalah sistem penghadaman seperti usus yang penuh dengan selaput atau sisa lapisan makanan yang tersangkut. Apabila semakin banyak sisa makanan tersangkut pada saluran usus, hal ini menyebabkan perut buncit. Masalah perut buncit ini umpama mimpi ngeri bagi wanita terutamanya dan lelaki amnya. Perut buncit akan mencacatkan penampilan seseorang dan membuatkan seseorang kelihatan tidak menj...

Tips untuk Menghilangkan Dengkuran Dengan Jus Buah-Buahan

Image
"Beautifully Imperfect" Jika anda pernah menonton sebuah video bertajuk " Funeral " hasil karya pengarah prolifik negara, Yasmin Ahmad yang ditayangkan di Singapura beberapa tahun lepas, pasti anda akan terhibur dan tersenyum sendiri apabila seorang isteri menceritakan kisah "beautifully imperfect" bersama mendiang suaminya.  Si isteri menyamakan bunyi dengkuran suaminya seperti kesukaran menghidupkan enjin kereta pada setiap pagi namun selepas kematian suaminya, dia mula merindu "bunyi" itu. Adakah dengkuran menyenangkan atau menjengkelkan anda? Tepuk dada tanya selera. Jika anda merasakan menjengkelkan, anda perlu mencari penawarnya. Claude Butler (Pakar Curejoy) menerangkan bahawa dengkuran kebiasaanya berlaku apabila seseorang sedang dalam fasa tidur nyenyak daripada fasa tidur tidak lena. Tisu kerongkong dan tisu lelangit mengendur dan menyekat saluran pernafasan.  Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara men...

Tips Tangkap Gambar Cantik Dengan Iphone

Image
Namaku Iphone 6 Plus. Aku merupakan sebuah telefon pintar. Aku berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan model terbaru keluaran syarikat Apple. Aku diperbuat daripada kaca dan keluli. Skrin depan aku mempunyai skrin kaca yang luas. Setelah siap dipasang, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang dicetak dengan gambar aku sendiri. Lihatlah dunia, bangganya aku. Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar bersama kawan-kawan untuk dieksport ke Malaysia. Bermulalah pengembaraan yang panjang menuju ke Malaysia. Nantikan detik manisnya cinta di Cappadocia. Eh silaplah manisnya cinta di Malaysia. Apabila sampai di Malaysia, aku ditempatkan di sebuah gudang sebelum dihantar ke wakil jualan. Semasa di gudang, aku berkenalan dengan si dia. Hatiku dup dap dup dap tidak terkata. Tidak sangka aku akan bertemu jodoh di Malaysia. Oh, manisnya, manisnya senyumanmu. Maka, berakhirlah penantian aku sebagai bujang terlajak selama ini. Nak tau tak siapa dia? Tungguuuuuuu. N...

Dua Ribu Empat Belas Dalam Kenangan

Image
Ha nampak tak permainannya, macam setahun sekali baru nak update blog. Nak buat macam mana, tuan empunya blog ni, pemalas tahap yang tidak terperi. Setahun sekali update pun jadilah. Sekarang ni masa cepat je berlalu. Pejam celik pejam celik, dah masuk 2015. Baru je rasanya sambut tahun 2014. Tahun 2014 banyak mengajar aku erti hidup dan banyak juga yang tersasar di jalanMU. Nak buat macam mana, manusia kan? Jom kita semak azam 2014, adakah berjaya aku laksanakan?  AZAM 2014: Buang sikap suka tangguhkan kerja ( 1st priority )         [ Sama je macam sebelum ni ]          [ Gagal ] Tamatkan pengajian dengan jayanya.        [ Menghitung hari je nak habis dah. Yahoo ]         [ Berjaya ] Berdiet la wei. Badan dah macam dipam-pam.         [ Separuh jalan ]         [ Separuh berjaya ] ...

5 Tips Hilangkan Bau Badan, Ketiak Dan Kaki

Image
Susahkan bila badan berbau? Ramai orang yang menutup hidung apabila berhadapan dengan kita. Tapi perkara tersebut bukannya kita pinta. Oleh itu, penjagaan diri haruslah diutamakan untuk menghilangkan bau badan. Asalnya peluh tidak berbau. Tapi bau badan terhasil apabila bakteria yang terdapat pada kulit kita menukar peluh yang mengandungi protein menjadi sejenis asid. Jangan pening jangan risau dengan bau badan anda lagi.  Mari aku kongsikan 5 tips hilangkan bau badan dan semoga membantu pembaca blog ini Tips #1: Selalu mandi Kalau anda bekerja di pejabat, ada sesetengah pejabat menyediakan bilik mandi. Anda boleh gunakan kemudahan itu. Jangan kata duduk dalam pejabat beraircond tidak berpeluh dan mengeluarkan bau badan. Macam saya, lagi sejuk sesuatu tempat tu lagi galak keluar peluh terutamanya di telapak tangan dan kaki. Semasa mandi tu, gosok bahagian yang kerap berbau seperti ketiak dan celah kelangkang. Tips #2: Ubah pemakanan seharian  Bau ...

Esok Semalam

Image
Tak sangka dah masuk tahun 2014. Baru je lagi sambut tahun 2013. Tapi sambutan tahun baru yang paling aku tak boleh lupa adalah sambutan tahun baru 2012, mana taknya boleh lupa malam tu malam sambutan tahun baru. Ceritanya macam ni. Petang 31/12/2011, aku dengan seorang kawan pergi la ke Georgetown, Penang. Lepas tu, lepak-lepak kat situ sampai malam.  Bila malam je, dengar bunyi bising kat Esplanade. Apa lagi terjah la ke sana. Kami terpinga-pinga sebab kenapa ada ramai orang dan sambutan apa ni. Aku nyaris-nyaris nak dapat saman malu sebab nak tanya la orang ramai ada sambutan apa. Fikir punya fikir, dapat la jawapannya. Sambutan tahun baru rupanya.  Ceh, kronik dah ingatan aku rupanya masa tu. Itu cerita tahun baru 2012. Ni dah masuk tahun 2014. Tahun yang lebih mencabar dan menuju kedewasaan serta kematangan. Banyak yang aku dah capai tahun 2013 dan banyak juga yang terpesong dari landasannya. 2014 lagi banyak menanti dan perlu keazaman yang tinggi untuk lebih...