5 Tips Hilangkan Bau Badan, Ketiak Dan Kaki
Susahkan bila badan berbau? Ramai orang yang menutup hidung apabila berhadapan dengan kita. Tapi perkara tersebut bukannya kita pinta. Oleh itu, penjagaan diri haruslah diutamakan untuk menghilangkan bau badan. Asalnya peluh tidak berbau. Tapi bau badan terhasil apabila bakteria yang terdapat pada kulit kita menukar peluh yang mengandungi protein menjadi sejenis asid. Jangan pening jangan risau dengan bau badan anda lagi. Mari aku kongsikan 5 tips hilangkan bau badan dan semoga membantu pembaca blog ini Tips #1: Selalu mandi Kalau anda bekerja di pejabat, ada sesetengah pejabat menyediakan bilik mandi. Anda boleh gunakan kemudahan itu. Jangan kata duduk dalam pejabat beraircond tidak berpeluh dan mengeluarkan bau badan. Macam saya, lagi sejuk sesuatu tempat tu lagi galak keluar peluh terutamanya di telapak tangan dan kaki. Semasa mandi tu, gosok bahagian yang kerap berbau seperti ketiak dan celah kelangkang. Tips #2: Ubah pemakanan seharian Bau ...