Esok Semalam
Tak
sangka dah masuk tahun 2014. Baru je lagi sambut tahun 2013. Tapi sambutan
tahun baru yang paling aku tak boleh lupa adalah sambutan tahun baru 2012, mana
taknya boleh lupa malam tu malam sambutan tahun baru. Ceritanya macam ni.
Petang 31/12/2011, aku dengan seorang kawan pergi la ke Georgetown, Penang.
Lepas tu, lepak-lepak kat situ sampai malam.
Bila malam je, dengar bunyi bising kat Esplanade. Apa lagi terjah la ke sana. Kami terpinga-pinga sebab kenapa ada ramai orang dan sambutan apa ni. Aku nyaris-nyaris nak dapatsaman malu sebab
nak tanya la orang ramai ada sambutan apa. Fikir punya fikir, dapat la
jawapannya. Sambutan tahun baru rupanya.
Ceh, kronik dah ingatan aku rupanya masa tu. Itu cerita tahun baru 2012. Ni dah masuk tahun 2014. Tahun yang lebih mencabar dan menuju kedewasaan serta kematangan. Banyak yang aku dah capai tahun 2013 dan banyak juga yang terpesong dari landasannya. 2014 lagi banyak menanti dan perlu keazaman yang tinggi untuk lebih maju ke hadapan.
Bila malam je, dengar bunyi bising kat Esplanade. Apa lagi terjah la ke sana. Kami terpinga-pinga sebab kenapa ada ramai orang dan sambutan apa ni. Aku nyaris-nyaris nak dapat
Ceh, kronik dah ingatan aku rupanya masa tu. Itu cerita tahun baru 2012. Ni dah masuk tahun 2014. Tahun yang lebih mencabar dan menuju kedewasaan serta kematangan. Banyak yang aku dah capai tahun 2013 dan banyak juga yang terpesong dari landasannya. 2014 lagi banyak menanti dan perlu keazaman yang tinggi untuk lebih maju ke hadapan.
2013:
- Backpack ke Sabah (kenangan terindah. I love Sabah so much. Nak duduk lama kat Sabah. Mungkin duduk sana. Perhaps)
- Melancong ke Sarawak (Kenangan tak best. Me no like Sarawak. Jangan marah ye Sarawakians)
- Melancong ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia (so-so)
- Banyak buat maksiat (tak payah cerita la, dah nama lelaki)
2014:
- Buang sikap suka tangguhkan kerja (1st priority)
- Tamatkan pengajian dengan jayanya.
- Berdiet la wei. Badan dah macam dipam-pam.
- Makan makanan yang sihat sahaja (kalau iman kuat)
- Bermusafir (contengan jalanan cari tuhan ke Surabaya, Brunei, Mekah & Madinah, Jepun dan China. Banyak lagi dalam list)
- To be a better man (ubah perangai buruk, jadi yang terbaik)
- Kumpul duit untuk berbackpack.
- Dapatkan lesen menyelam.
- Ringankan mulut dan buat ramai kawan.
- Jadi sukarelawan (teringin sangat)
Awal
tahun 2015, kita tengok tercapai tak aku punya azam 2014. Lagi ligat kot aku berjalan ke sana sini kalau ada duit.
Comments
Post a Comment